spoon

Selamat Datang

Menu Baru Satay Western Traditional

Sesuatu yang dinanti-nantikan akan muncul tidak lama lagi. Kami mencipta makanan yang baru yang belum ada di pasaran iaitu SATAY berperisa rempah western (barat) yang dihidang bersama dengan kuah kacang berperisa tradisional (asli).. Satay  dari jenis ayam atau daging ini diolah dengan rempah asli istimewa di adun dengan beberapa jenis rempah Western akan memberikan kelainan dan citarasa berbeza dari jenis konvesional di mana warna daging tersebut berbesa dan segar... Tunggu....  

Restoran Permata Hidayah

Assalamualaikum, Pelanggan-Pelanggan yang di hormati..

Halaman rasmi Restoran Permata Hidayah masih dalam proses pengubahsuaian dan pembaikan untuk  menyampaikan maklumat terkini kepada PELANGGAN-PELANGAN, dimana segala kesulitan dan kelewatan tidak dapat di elakkan.. InsyaAllah pihak kami sedia untuk mendengar dan menimbangkan cadangan-cadangan yang membina bagi kebaikan bersama...

Kerjasama serta keperihatinan anda sangat kami hargai ...

Terima kasih ..


7 Sebab Kenapa Anda Perlu Mencuba Hidangan Kami !!!



1. Kami mempunyai kepakaran memasak Nasi Ayam Penyet, ,Makanan Barat(western food), Bubur Nasi, Nasi Goreng Kampong  Asli dan Nasi Lemak Kukus Berlauk selama lebih 4 tahun dimana telah melalui pelbagai pembangunan penyelidikan dari Chef-chef terkemuka dan maklumat internet (rujuk spesifikasi Nasi Ayam Penyet

2.  Kami telah mendapat banyak pengiftirafan dan penilaian positif  daripada pelanggan-pelanggan kami tentang kelainan serta kelebihan yang  terdapat pada makanan kami (sila rujuk testimoni) .Dengan lain perkataan kami sediakan bukti bergambar yang jelas yang diambil di restoran kami. Bagaimanapun RPH sedia menerima teguran yang membina bagi meningkatkan perkhidmatan. 

3. Bagi Nasi Ayam Penyet kami adalah di antara yang terbaik, dimana resepinya telah diubahsuai mengikut citarasa Rakyat Malaysia serta mendapat sentuhan dari masakan Timur Tengah ( Pengalaman Chef Roslee memasak untuk kakitangan swasta di timur tengah-Sudan).
  
4. Ayam yang dimasak dari jenis yang berkualiti tinggi.  Kami tidak menggunakan Ayam Telur Tua (Ayam Pencen)  sebagai ayam penyet di dalam masakan sebagaimana dipraktikan oleh sesetengah restoran di Johor Baharu, tetapi menggunakan ayam muda (Spring Chicken). Penggunaan ayam telur tidak digalakkan kerana ayam tersebut telah di suntik dengan kimia  dimana daging tidak sesuai untuk dimakan kerana boleh menjadikan kanser di dalam badan manusia di dalam jangkamasa panjang. 

5.Bagi masakan  bubur nasi pula ia mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding dengan Bubur Nasi yang terkenal di Johor Bahru .

6. Harga yang kami tawarkan Cukup Kompetatif berbanding dengan kompetitor kami dimana 20 hingga 30 % lebih rendah berbanding kualiti disediakan. Ini akan menjadikan tambahan nilai (add value) pada wang anda

7. Kebersihan, Keselesaan dan Keselamatan Keluarga Pelanggan - Kawasan separa tertutup akan menyebabkan ibubapa membiarkan anal mereka bermain dipersekitaran .(rujuk lampiran gambar) . Kawasan restoran terlindung dari asap dan habuk  dari kesibukan jalan Utama (rujuk lampiran gambar). 


Pihak RPH telah menyediakan perkhidmatan WiFi  bagi keselesaan pelanggan-pelanggan kami selain bersantai sambil menjamu selera..



Nasi Ayam Penyet Herba

Nasi Ayam Penyet Herba Johor
RM 6.50


Makanan ini berasal daripada Indonesia tetapi telah di adaptasikan mengikut kesesuaian citarasa tempatan. Keistimewaan makanan ini terletak dari banyak sudut iaitu penggunaan ayam muda (spring chicken) dimana ia di rempah herba sebanyak 3 kali sebelum digoreng. Kesan dari sistem perempahan berganda tersebut pelanggan akan merasa dan menikmati rempah herba tersebut hingga ke tulang.... 

Spesifikasi Nasi Ayam Penyet Restoran Permata Hidayah

a). Penggunaan ayam muda (spring Chicken)

Kami menggunakan ayam muda (kadar berat timbangan di anatara 1 kg hingga 1.3kg) bagi memastikan kelembutan dan keenakan serta aroma daging ayam dapat dirasai oleh pelanggan. Penggunaan ayam telur tua (ayam pencen) oleh sesetengah pengusaha Nasi Ayam Penyet akan menyebabkan pelanggan tersebut terdedah kepada risiko penyakit kanser jangkamasa panjang kerana ayam tersebut telah disuntik  dengan bahan kimia berulang kali sehingga keaslian rasanya hilang  serta rasa ayam tersebut agak keras. Persoalannya adakah anda sanggup MENGAMBIL RISIKO INI !!!.  

b). Penyediaan ayam ~ 3 peringkat rempahan

  • Peringkat pertama — Pada peringkat awal, bagi membuang bau hanyir dan kolestrol. ayam akan dikukus dengan rempah-rempah khas pada kadar 20%, dimana proses ini dapat mengurangkan lemak yang terdapat pada ayam melebihi kadar 95%.
  • Peringkat kedua — Ayam yang telah di kukus akan sekali lagi dirempah (specially marinated) istimewa sebanyak 60% kemudian di sejuk-bekukan sekurang-kurangnya 3 jam.
  • Peringkat ketiga — Pada peringkat akhir ini, ayam yang dinyah bekukan (defrozed) akan dirempah lagi dengan menggunakan tepung berempah herba sebelum di goreng.

Rujuk Video Chef Roslee di youtube


c). Penggunaan beras wangi jenis sederhana

Kami menggunakan beras jenis tersebut untuk selera pelanggan kami untuk mengurangkan rasa muak serta terdedah kepada kadar kanji yang tinggi.

d). Ulam nasi ayam penyet

Penggunaan ulam seperti daun selasih, kacang botol, kacang panjang, Ulam Raja dan pelbagai menjadi pemangkin kepada selera.


Daun Ulam Raja merupakan pemangkin kepada keenakan
Nasi Ayam Penyet


Ingredients & spices - Basil - Daun selasih, daun kemangi
Daun Selasih menjadi pemangkin & pembuka selera Nasi Ayam Penyet


Pelbagai Ulaman untuk makanan dan kesihatan manusia


Rujukan

  1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Ulam_Raja
  2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ulam

e). Sambal nasi ayam penyet

Sambal ayam penyet ini juga berbeza dari yang lain kerana ia menggunakan rempah ratus herba yang sangat istimewa dan disediakan di dalam 2 jenis iaitu pedas dan sederhana pedas bagi memastikan keselesaan pelanggan terutama yang melibatkan anak-anak. Pihak RPH juga tidak menggunakan belacan atau udang kering di dalam sambalm tersebut bagi memberi kelebihan pelanggan yang alahan (allergic) atau yang sensitif kepada penyakit resdung.

f). Tahu & tempeh goreng - berempah herba

Pihak RPH juga memastikan kesempurnaan memakan nasi ayam penyet tersebut mencapai tahap maksima di mana Tahu dan Tempeh Goreng di dalam hidangan tersebut di saluti dengan tepung rempah ratus herba yang sama seperti ayam penyet tersebut bagi menghasilkan keenakannya. Pada kebiasaannya penjual nasi ayam penyet tidak merempahkan tahu dan tempeh ini..  Inilah kelebihan dengan makanan kami di RPH.

g). Sup sayuran herba

Bagi memudahkan penghadaman RPH telah menyediakan sup herba sayuran yang enak selain menjadi pembuka selera untuk pelanggan-pelanggan kami. Keistimewaan sup ini merupakan kelebihan makanan tersebut dimana sesetengah pengusaha makanan tersebut hanya menyediakan sup rasa biasa atau pun tanpa kuah tersebut.

f). Harga yang berpatutan dan sangat kompetatif

Harga yang RPH tawarkan juga cukup kompetatif lebih murah (20% hingga 30%) berbanding dengan yang tawarkan dipasaran (RM7.00 hingga RM10.00) dengan kualiti minimal.

Pengunaan Bawang Goreng

Di RPH kami hanya menggunakan bawang goreng yang di buat oleh kakitangan kami bagi menghasilkan rasa dan aroma yang sempurna.


Memandangkan terdapat penggunaan bahan-bahan yang tidak bersesuaian dan membayakan kesihatan  pada bawang goreng yang di jual dipasaran yang bertujuan untuk menyegarkan bawang goreng tersebut dimana  kami tidak akan meletakan pelanggan kami risiko tersebut .. Harap maklum !!

Bawang Goreng Buatan RPH 

Bubur Nasi Kempas

RM 4.00

Bubur Nasi Kempas merupakan makanan yang menekankan citarasa ketimuran, Penggunaan Beras Wangi Jenis Sederhana  disamping Bawang goreng asli (buatan sendiri),ikan bilis terpilih yang digoreng berempah, dan Sayur Kangkong yang di goreng dengan menggunakan sambal ayam penyet. 


Pelangan perlu mencubanya masakan ini kerana ia mempunyai kelainan berbandingan dengan masakan yang sama dipasaran dengan harga yang sangat berpatutan.. 



Makanan Barat Fried Chicken Chop

RM 6.00
Makanan Barat ini semakin di minati oleh Rakyat Malaysia. Keistimewaan makanan ini terletak pada sos Black Paper yang di adun dengan teliti iaitu kombinasi barat dan ketimuran dimana ia sesuai dengan citarasa tempatan . Selain daripada itu kepingan daging ayam yang rempah dengan resipi tradisional sebelum disalut dengan Breadcrumbs mampu menjanakan kelainanan.   


Selain daripada itu pihak Restoran  juga menyediakan makanan lain  yang berkaitan seperti Grilled Chicken Chop, Grilled Lamb Chop,Grilled Beef, Mushroom  Sup dan Chicken Sup yang dimakan dengan Roasted Garlic Bread (roti bakar dengan sapuan butter bawang putih)   


Kelebihan makanan barat di RPH ini adalah harganya yang cukup kompetatif di samping kelainan rasa berbanding yang disediakan dipasaran. Untuk maklumat lanjut mengenai makanan tersebut sila rujuk kepada menu harga yang terdapat di web site ini.